
PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengatasi jenayah eksploitasi kanak-kanak susulan kejayaan polis menyelamatkan 402 mangsa di 20 rumah amal milik Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH).
Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Farah Nini Dusuki, berkata pihaknya mahu polis memaklumkan hasil siasatan dan tindakan yang telah diambil terhadap 41 laporan dibuat ke atas GISBH sejak 2011 hingga 7 Sept lalu.
Katanya, Suhakam juga menggesa proses pengendalian mangsa kanak-kanak termasuk siasatan terhadap pemerolehan bukti jenayah terhadap pemangsa dilaksanakan mengikut prosedur sewajarnya yang bersifat mesra kanak-kanak.
“Selain itu, rawatan kaunseling dan psikologi terhadap mangsa kanak-kanak perlu dipastikan dapat membantu…