Mengikut trend semasa apabila ramai selebriti tempatan mengambil inisiatif menghiburkan peminat secara virtual, penyanyi Indonesia turut mempunyai kenangan manis secara peribadi apabila tampil pada konsert di rumah sendiri.
Bekerjasama dengan komposer Erwin Gutawa yang juga bapa kepada Gita Gutawa, Tulus membawakan “Konser Orkestra di Rumah” yang pertama kali seumpamanya dipentaskan menghimpunkan 50 ahli muzik dari negara berkenaan.
Menurut Tulus, konsert yang dijayakan pada 19 April lalu adalah salah satu inisiatif menghiburkan masyarakat selain mahu beramal bagi membantu individu yang terkesan dengan wabak COVID-19 dan pejuang barisan hadapan.
“Terima kasih untuk semua pihak yang terlibat dalam penyelenggaraan Konser Orkestra Di Rumah Erwin Gutawa & Tulus. Terima kasih untuk semua yang sudah menyaksikan dan berdonasi,” tulisnya ringkas menerusi laman Instagram miliknya.
Tulus turut melahirkan penghargaan luar biasa buat rakan-rakannya atas sokongan dan dorongan yang diberi ketika konsert tersebut sedang berlangsung walaupun menghadapi pelbagai masalah teknikal dalam mempersembahkan lagu-lagunya.


Post comments (0)