Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Tun M Kongsi Momen ‘Nakal’ Ketika Di Bangku Sekolah

today15 October 2019

Background

Tanggal 9 Oktober 2019 adalah momen paling berharga buat tiga penyampai radio Hot FM iaitu Shuk, Shuib dan Fizie apabila berpeluang bertemu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Rakaman temu bual eksklusif bersama Tun M itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya dan telah  disiarkan menerusi siaran Geng Pagi Hot (GPH) pada jam 6 hingga 10 pagi Selasa.

https://www.instagram.com/p/B3nbvCIhULs/

GPH ternyata begitu teruja mendapat nasihat berguna daripada pemimpin yang amat mereka kagumi serta menyifatkan peluang itu sebagai kenangan manis.

Menerusi peluang keemasan itu, GPH sempat bertanyakan beberapa soalan kepada Tun, antaranya momen-momen nakal Tun sewaktu zaman persekolahan bersama rakan.

https://www.instagram.com/p/B3nfyyph6OH/

Siapa sangka walaupun telah berusia 94 tahun, Tun masih ingat nama kawannya yang pernah ‘buli’ beliau dahulu.

Seronok kan dapat bertemu sendiri secara empat mata dengan Tun M atau panggilan mesranya, Che Det.

Bagi yang terlepas mendengarkan temu bual Geng Pagi Hot Bersama Tun M Jam 7 pagi tadi, jom tonton video penuh di bawah.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *