Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tya Arifin Kongsi Jantina Anak Kedua, It’s A…

today23 April 2019

Background

Pelakon yang juga menantu kepada Datuk Khalid atau dikenali sebagai Datuk K iaitu Tya Arifin baru-baru ini mendedahkan jantina anak keduanya kepada peminat.

Bagi yang sering mengikuti perkembangan Tya, pelakon kelahiran Indonesia itu terdahulu pernah berjanji akan berkongsi jantina bayi sekiranya posting sebelum ini mendapat 1,000 komen.

Tidak mahu mengewakan hati peminat, Tya akhirnya tunaikan janjinya menerusi perkongsian satu video pendek di akaun Instagram.

https://www.instagram.com/p/BwhHgVvlGaP/

Wah, best nya Arif bakal mendapat adik perempuan! Jelas terpancar keceriaan wajah ahli keluarga Tya termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza di dalam video itu.

Mesti bayi yang bakal dilahirkan tak lama lagi itu cantik sama seperti ibunya kan!

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 2015 dan dikurniakan seorang putera, Arif Jiwa yang kini berusia dua tahun.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *