PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi menggesa kerajaan untuk beralih daripada definisi kemiskinan tegar selepas pemimpin negeri mendakwa pihaknya berjaya menoktahkan isu itu, baru-baru ini.
Benedict Weerasena, pengarah penyelidikan Bait Al-Amanah dan penyelidik bersekutu di Pusat Pendidikan Pasaran, berkata kejayaan yang diraikan dalam membasmi kemiskinan tegar itu mungkin tersasar kerana ukuran yang digunakan mencipta ‘naratif palsu’.
Beliau berkata, seperti yang berlaku pada masa lalu, ukuran semasa pendapatan garis kemiskinan (PGK) dan PGK makanan – yang berdasarkan ukuran kemiskinan tegar – adalah rendah dan tidak mengambil kira sepenuhnya kos sara hidup.
“Garis kemiskinan yang digunakan (antara 1970 dan 2016) adalah rendah, mengecualikan banyak populasi yang terdedah daripada statistik rasmi dan meremehkan kadar kemiskinan, mengaburkan keperluan mendesak…