Jika anda mengesyaki diri anda mempunyai symptoms Covid-19, jangan ambil mudah dan jalani pemeriksaan segera.
Tetapi mungkin ada yang merasa takut dan tertanya-tanya bagaimanakah proses itu dijalankan?
Jangan risau dan bawa bertenang, ujian Covid-19 boleh dilakukan secara drive thru dan keputusannya boleh didapati dalam masa hanya 10 minit sahaja.
Tak percaya? Jom tengok video yang dikongsikan pelakon, Ummi Nazeera di Instagram miliknya ketika melakukan ujian Covid-19.

https://www.instagram.com/p/B-bClltA50X/
Kata Ummi, jika seseorang individu itu sanggup berhabis duit bercuti ke luar negara, apalah sangat jika berbelanja sedikit lagi untuk membuat ujian Covid-19 demi kebaikan diri sendiri.
Oleh itu, pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap 2 itu menasihatkan individu yang baru pulang dari luar negara supaya melakukan ujian tersebut yang dianggap berbaloi.

Ummi yang bersyukur apabila keputusan menunjukkan dia bebas daripada wabak itu turut berpesan agar masyarakat melakukan kuarantin diri selama 14 hari di rumah sekiranya tidak mahu menjalani ujian Covid-19.
Jangan bahayakan orang lain, buatlah pemeriksaan okay?
Post comments (0)