Presiden Umno berkata beliau juga yakin setiap parti termasuk dari Sabah dan Sarawak di bawah kerajaan perpaduan juga akan terus mendukung kerajaan ini.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pimpinan baharu Umno bersama Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung dan memperkukuhkan kerajaan perpaduan.
Presiden Umno itu berkata berdasarkan keputusan pemilihan Umno 2023 yang berakhir semalam, ia jelas menunjukkan bahawa setiap peringkat kepimpinan nasional serta akar umbi parti itu memberi dukungan sepenuhnya kepada keutuhan kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Manifestasi ini cukup jelas kerana kita lihat walaupun ada usaha untuk menggugat kerajaan yang ada sekarang namun ia jelas ditolak oleh…