Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Umno sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN

today24 November 2022

Background



Umno menyokong kerajaan yang bukan diterajui PN bagi memastikan kerajaan yang stabil dapat dibentuk, kata Setiausaha Agung Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR: Umno menyokong Barisan Nasional mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional.

Keputusan dibuat selepas memperhalusi butiran perbincangan yang dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan.

Pemimpin BN pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH, dan denganΒ gabunganΒ PN semalam.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Ahmad Maslan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang dipengerusikan Presiden Zahid Hamidi, yang berlangsung lebih empat jam di Menara Dato Onn.

β€œMKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Keputusan untuk menyokong kerajaan yang bukan diterajui PN itu β€œbagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar dan Faiz Zainudin


Previous post