
PETALING JAYA: Isu kenaikan kos umrah akibat peningkatan mendadak kadar penginapan hotel di Mekah dan Madinah akan dibawa kepada pengetahuan kerajaan Arab Saudi, kata Menteri Hal Ehwal Agama Mohd Na’im Mokhtar.
Na’im yang kini berada di Arab Saudi untuk menghadiri Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 berkata, beliau akan mengemukakan isu itu kepada menteri haji negara tersebut.
“Merujuk kepada laporan pada masa ini, berlaku kenaikan kadar harga hotel di Mekah dan Madinah yang dikenakan oleh pengusaha hotel, saya amat memahami perkara ini sedikit sebanyak telah membangkitkan keresahan jemaah umrah.
“Seperti mana sedia maklum, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita. Kami melihat situasi ini adalah impak daripada kenaikan kos di Arab Saudi. Ia tentunya memberi kesan bukan setakat kepada jemaah…