Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Undi teras PN teguh, sokongan tak terjejas, kata Pemuda PAS

today27 April 2025

Background


CALON PN - ABD MUHAIMIN MALEK - AYER KUNING
PN kali ini meraih 6,059 undi berbanding 6,812 undi yang diperoleh pada PRU 2022.
PETALING JAYA:

Pemuda PAS menyambut keputusan PRK Ayer Kuning dengan berkata sokongan akar umbi kepada Perikatan Nasional tidak terjejas walaupun diasak jentera kerajaan.

Katanya lagi, Barisan Nasional gagal capai sasaran raih 18,000 undi walaupun ia berjaya mempertahankan DUN Ayer Kuning.

“Hakikatnya, Perikatan Nasional kekal teguh dengan undi teras sekitar 5,000 hingga 6,000 pengundi,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

PN kali ini meraih 6,059 undi berbanding 6,812 undi yang diperoleh pada PRU 2022. BN pula meraih 11,065 undi berbanding 9,088 undi pada PRU 2022.

Majoriti 5,006 undi kali ini mengatasi 2,213 undi pada PRU 2022, namun peratusan keluar mengundi kali ini hanya 58.07%, berbanding 74.85% pada PRU 2022.

Seramai 31,897 pengundi dalam daftar pemilih kali ini.

PRK ini juga menyaksikan BN mempertahankan Ayer Kuning dengan sokongan Pakatan Harapan, yang pada PRU 2022 raih 6,875 undi.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post