
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima resolusi menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.
Menurut laman sesawang Berita PBB Pengundian semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi ditaja Jordan diluluskan Perhimpunan Agung, dengan 120 undi menyokong, 14 menentang, dan 45 tidak mengundi.
Jordan pada awal sesi itu telah mencadangkan penggantungan hujahan negara anggota pada 3 petang Jumaat (waktu New York), untuk memulakan “tindakan segera” terhadap resolusi draf dan hujahan diteruskan selepas itu. Bagaimanapun, penggantungan hujahan itu dibuat pada 3.40 petang.
Resolusi draf yang diketuai Jordan mengenai krisis itu mendapat sokongan awal daripada lebih daripada 40…