Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Until We Meet Again…” Faizal Tahir Tinggalkan Bidang Nyanyian?

today6 September 2019

Background

Selepas beberapa kali memberi bayangan mengenai album terakhirnya, penyanyi Faizal Tahir mengumumkan bakal berehat daripada dunia nyanyian.

Dia memuatnaik sekeping gambar di Instagram:

Sebelum ini, Faizal memuatnaik sekeping gambar meluahkan rasa sedih dengan pemergian gitaris Aji dan Kelly.

Aji meninggal dunia akibat serangan jantung pada 5 September, manakala pemain bass Kelly pula meninggal dunia pada 4 Mei lalu

https://www.instagram.com/p/B2CBpDcJl_v/?utm_source=ig_web_copy_link

Pengumuman Faizal mengenai pengundurannya dari dunia seni seolah olah memberi gambaran terkesan dengan berita pemergian dua rakan industri.

Pada 24 Julai lalu, Faizal mengumumkan album berjudul Rojak menjadi album terakhirnya, namun tidak mendedahkan butiran terperinci.

Faizal dijangka menjelaskan mengenai keputusannya itu pada pelancarannya nanti.

Dalam kemaskini terbaru, kebanyakan gambar gambar di akaun Instagram Faizal Tahir juga telah dipadam, mencetus teka teki di kalangan peminat.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *