Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Untungnya! Elisya Sandha Dapat Hadiah Jam Tangan Mewah Pemberian Suami Sempena Hari Lahir

today9 June 2022

Background

Selepas mengumumkan jantina anak sulung yang bakal dilahirkan, pelakon Elisya Sandha kini dipuji sebagai pasangan ‘sweet’ oleh warganet selepas berkongsi gambar hadiah pemberian suami, Uzair Haqimy.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elisya telah memuat naik gambar jam tangan mewah pemberian suaminya di tempat mereka berdating dahulu.

“After birthday dinner semalam dia bawak pi tempat kami selalu dating dulu zaman sekolah. He bought me an expensive watch haih sayang i niii. Thank you suami for everything. I love you,” tulis Elisya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mengagumi kemesraan pasangan ini dan mengucapkan selamat hari lahir kepada pelakon itu.

“So sweet & lovely couple😍❀️. Happy Birthday,” komen seorang pengikutnya.

“So sweet πŸ’‹,hah kantoi tempat dating dah,” tulis seorang netizen.

“Awwww so cute!!!! HAPPY BIRTHDAY DEAR,” puji seorang peminatnya.

Sebelum ini, Elisya dan Uzair telah mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Dapat Baby Girl, Elisya Sandha Harap Dapat Bersalin Secara Normal – β€œKalau Boleh Saya & Suami β€˜Go With The Flow’…”

Written by: Salma