
KUCHING: Usaha Sarawak memerangi penyalahgunaan dadah mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Pengawasan Pengurangan Permintaan Dadah daripada International Society of Substance Use Professionals (ISSUP Global).
Anugerah itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif ISSUP Global Joanna Travis-Roberts kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Fatimah Abdullah, yang mewakili kerajaan negeri, semasa pembukaan Simposium Pemulihan Antarabangsa (IRS) 2023.
Ia bagi mengiktiraf pendekatan bersepadu, komprehensif, seimbang, terselaras dan berasaskan bukti terhadap aktiviti pengurangan permintaan dadah yang dirintis kerajaan Sarawak.
Premier Sarawak, Abang Johari Openg, dalam teks ucapan dibacakan Fatimah berkata, usaha memerangi penyalahgunaan dadah di Bumi…