
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen kerajaan meminta dialihkan dulu RM600 juta bagi usaha mitigasi bencana, berbanding dana tersebut diguna memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara.
Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) berharap cadangannya dipertimbang kerajaan bagi menangani isu banjir kilat di ibu negara.
Katanya, walaupun tidak menolak kepentingan memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif, beliau menekankan keperluan melihat kembali soal keutamaan.
“Mungkin ada kewajarannya jika peruntukan RM600 juta itu dinilai semula dari segi keutamaan, dengan mengambil kira penilaian kos manfaat (cost benefit analysis), sebelum memutuskan meneruskan projek pembangunan tersebut.
“Adalah lebih baik peruntukan yang besar itu digunakan untuk tujuan mitigasi bencana seperti banjir kilat, tanah jerlus,…