Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Akibat Parking Merata Tepi Jalan, Toyota Alphard Kena Sagat Teruk Sampai ‘Terkopek’ Nampak Bahagian Dalam

today7 June 2022

Background

Heboh di ruangan media sosial Twitter mengenai sebuah video yang memaparkan kenderaan jenis Toyota Alphard mengalami kerosakan teruk dipercayai disagat oleh bas awam.

Menerusi video tersebut, bahagian kanan Toyota Alphard itu ‘terkopek’ sehingga jelas kelihatan bahagian dalamannya terdedah.

Berdasarkan komen orang ramai pada ciapan tersebut, kereta itu didakwa meletakkan kenderaan di kawasan dilarang parkir berdekatan bahu jalan di laluan bawah bangunan pusat membeli belah MidValley/The Gardens, Bangar.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang berada di lokasi kejadian mendakwa kereta tersebut dibawa oleh seorang pekerja ‘pemandu’ sebuah syarikat.

Tinjauan di ruangan komen tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa puas hati apabila melihat kereta berkenaan disagat.

Bagaimanapun, menurut perakam video tersebut, kerosakan yang berlaku pada Toyota Alphard itu bukan disebabkan oleh bas yang secara kebetulan melalui jalan itu semasa video dirakam.

Rapid KL turut memaklumkan bahawa kerosakan yang berlaku kepada kereta mewah tersebut bukan berpunca daripada salah satu bas mereka.

Written by: Salma


Previous post