Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Video Anak Shuib Raih Tempat Kedua Pertandingan Hafazan Undang Sebak

today10 October 2019

Background

Anak yang dilahirkan ini ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Begitulah perumpamaan yang sentiasa digunakan membawa maksud jika betul cara didikan maka cerahlah masa depannya di dunia dan juga di akhirat kelak.

Terbaharu, pelawak dan penyampai radio Hot FM Shuib berkongsi berita gembira dengan kejayaan anak sulungnya, Uwais Al-Qarni yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan Al-Quran.

Shuib sempat berkongsi rasa terharu menerusi laman Instagram miliknya, dengan memuat naik foto selain video memaparkan gambar anak sulungnya bersama sijil dan trofi yang dimenangi.

Namun, apa yang berlaku pada pertengahan video berkenaan mengundang sebak para pengikutnya apabila anaknya yang kedua Dzakira Talita Zahra tidak meraih sebarang anugerah seperti abangnya.

https://www.instagram.com/p/B3ZahcEnlkh/

Kalau diperhatikan dalam video itu, Talita seakan gembira menyambut kemenangan yang diraih oleh abangnya. Namun selepas di tempelak Uwais, Talita menjadi sebak dan akhirnya menangis.

Tidak menunggu lama, Shuib segera memujuk anak perempuannya itu dengan memberi kata-kata semangat.

Menurut Shuib, sikap Talita sama seperti bapanya yang tidak suka dibandingkan.

“As bapak, dpt rasa yg Talita akan jadi better and better dan akan berusaha sungguh2 lepas ni… Go sayangggg Talita…”

Pada akhir kapsyen yang ditulis, Shuib sempat memberi amaran kepada Uwais supaya berjaga-jaga kerana tidak mustahil Talita turut akan mampu berjaya satu hari nanti.

 

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *