Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @faramedyna, kelihatan seorang gadis sedang membuat content berkenaan perangai mak-mak yang suka bersembang apabila pergi beraya.
Apabila pertama kali mengajak balik, si ibu akan berkata sekejap baru sahaja sampai. Kali kedua pula, katanya dah nak balik tapi masih lagi bersembang.
Lebih melucukan, apabila kali ketiga mengajak balik, si ibu akan berdiri tanda nak balik tapi masih boleh lagi meneruskan sembangnya. Gadis itu sempat menulis di ruangan komen bahawa dia selalu dikenakan begini oleh ibunya ketika ikut beraya.