Selalu sangat bangla akan dimarah kerana mereka dikatakan merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan. Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan penyebab meningkatnya kadar jenayah dalam negara. Pada masa yang sama, sebut sahaja bangla, mulalah kebanyakan orang akan berjenaka tentang bangla jual carpet atau permaidani, tak pun tasbih.
Namun begitu, ramai yang tidak sedar bahawa bangla yang datang ke negara ini adalah kerana mereka benar-benar ingin mencari rezeki di sini. Bahkan mereka sanggup meninggalkan kehidupan mereka serta keluarga mereka untuk tempoh masa yang lama kerana pendapatan yang mereka peroleh di negara kita jauh lebih mewah berbanding di tanah air sendiri.Â
Jangan main-main, mereka pun sebenarnya sangat pandai!