Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Dapat Ilham Tulis Lagu Tatkala Hujan, Ramai Peminat Minta Shila Amzah Keluarkan Full Version!

today11 June 2022

Background

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Shila Amzah sebelum ini terpalit dengan kontroversi yang membabitkan dirinya bersama aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad mengenai kisah kembali menjalin cinta.

Ia susulan satu kenyataan Shila yang berkata dia tidak mahu mengulang perjalanan cintanya bersama Sharnaaz kerana dipercayai sudah mengetahui pengakhirannya.

Artikel Berkaitan: Kembali Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Ini Komen Shila Amzah – β€œTiada Cara Untuk Menjalin…”

Artikel Berkaitan: β€œAbang Tak Main Ta*k Dik.. Adik Yang Gila Bayang..” – Muat Naik Foto β€˜Cam Harem’, Peminat Terhibur Caption Sharnaaz Ahmad

Terbaru, pelantun lagu Patah Seribu itu memuat naik sebuah video yang memaparkan Shila menyanyi sebuah lagu ‘demo’ version yang ditulis olehnya ketika hujan lebat melanda.

Video yang berdurasi 1:23 minit itu mengundang perasaan hiba netizen yang turut berjuraian air mata apabila mendengar nyanyian gemersiknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengakui lirik lagu tersebut sangat mendalam dan seakan menceritakan kisah percintaan penyanyi kesayangan mereka itu.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang sempat mengaitkan lagu yang baru sahaja ditulis oleh Shila itu seakaan menceritakan mengenai Sharnaaz.

Bagaimanapun, Shila berkata lagu tersebut masih dalam pembikinan dan belum selesai.

Artikel Berkaitan: Terima Mesej Berbaur Benci Daripada Peminat Akibat Tersalah Tafsir Pendapatnya, Shila Amzah Tampil Bersuara – β€œ10 Tahun Berlalu, Masing-Masing Mesti Nak Yang Terbaik”

Written by: Salma