Menerusi video yang dimuat naik oleh @ziey_hann di TikTok, kelihatan seekor kucing sedang berbaring sambil kepalanya diletakkan di atas bekas makanan dan minuman kucing.
Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila kucing tersebut mencedok air di dalam bekas minuman itu menggunakan kakinya untuk minum. Cara si bulus itu minum air telah meraih perhatian ramai kerana itu bukanlah cara yang normal.