Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Dedahkan Paha Dalam Tandas, Netizen Perli Caprice? – “Terbaik Pejuang Islam Al-Quds..”

today15 June 2022

Background

Penyanyi rap sensasi, Caprice sering mengulas mengenai topik hangat yang tular di media sosial menerusi segmen ‘What is on the news today?’.

Terkini, netizen menyuarakan pendapat mereka yang berkata konten dalam segmen Caprice itu sekaan berpaling arah kepada dirinya semula setelah berkongsi satu video yang dianggap tidak bersesuaian.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama isteri, Farra Innalis membuat trend TikTok ‘Marry Me’ yang menjadi fenomena ketika ini dan ia mengundang kecaman.

Video yang berdurasi 32 saat itu memperlihatkan Caprice dan isterinya sedang mempromosoikan perisa vape terbaru, namun lain pula yang terjadi apabila netizen terkejut dengan aksi Caprice yang berada di dalam tandas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Babak dalam video tersebut menunjukkan Caprice seolah-olah sedang membuang air dan melucutkan seluar sehingga mendedahkan aurat di bahagian pahanya, di samping Farra yang sedang menari.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersikap lantang dengan menegur aksi Caprice yang dikatakan melampau kerana berani mendedahkan auratnya kepada umum.

   

 

     

Dalam pada itu, netizen turut mempertikaikan bagaimana Caprice yang terkenal dengan ‘pejuang Islam Al-Quds’ seakan tidak mengambil peduli mengenai batas aurat lelaki.

Namun begitu, Caprice tidak berdiam diri dan tampil bersuara apabila teruk diherdik netizen dengan berkata mereka hanya mahu nampak seperti berada dalam keadaan sebenar.

“Hahaha damn we tried our best to make it real,” katanya.

Written by: Salma


Previous post