Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Dia Pun Nak Jadi Bilal” – Netizen Samakan Gaya Jebat Jayden Dengan Anak Neelofa

today5 September 2022

Background

Anak kepada selebriti Shaarnaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan tingkah lakunya yang lucu dan comel.

Menerusi perkongsian di TikTok milik @fidermanJj, Jebat menutup wajahnya semasa berada di khalayak ramai bersama ibu dan bapa saudaranya.

Menurut kapsyen video tersebut, Jebat seorang yang pemalu namun akan bertukar menjadi peramah jika sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya.

@fidermanjj kalau tak kenal,Jayden mmg pemalu☺️ kalau dah kenal,peramah pulak😁 #kredit2fnzatyy #kredit2nabila #kredit2jebatjayden ♬ Beautiful In White – Shane Filan

“Kalau tak kenal, Jayden memang pemalu. Kalau dah kenal, peramah pulak,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gayanya yang malu-malu dan tidak mahu menunjukkan wajahnya.

Terdapat juga segelintir netizen yang menyamakan gaya Jebat dengan mengatakan dia memerli ibu saudaranya, Neelofa yang merahsiakan wajah anak, Muhammad Bilal.

“Dia perli mak saudara dia.

“Mungkin dia rasa dia Bilal.

“Dia pun nak jadi Bilal,” komen netizen.

Written by: Aqilah


Previous post