Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Dulu Dia Pernah Janji Nak…” – Dayana Roza Kesal Sering Disyaki Ada Hubungan Dengan Jorge Lorenzo

today25 January 2023

Background

Hubungan antara pelakon, Dayana Roza dan pelumba MotoGP, Jorge Lorenzo pernah menjadi perbualan hangat selepas acap kali berkongsi momen mereka di media sosial.

Berdasarkan sebuah perkongsian di TikTok miliknya, Dayana memuat naik video-video pendek bersama Jorge beserta kapsyen seakan keecewa sering difitnah mempunyai hubungan istimewa sedangkan mereka hanya teman baik.

“Dari dulu orang fitnah aku macam-macam kata aku scandal dengan dia (Jorge Lorenzo). Padahal aku dah ada boyfriend yang orang tak tahu.

“Dulu dia pernah janji nak datang KL, tapi covid. Lepas tiga tahun dia datang juga. Aku dah kahwin dan ada anak pun,” katanya.

Dalam pada itu, Dayana berharap agar persahabatan yang terjalin antara mereka akan berkekalan.

“Semoga persahabatan aku dengan kau kekal selamanya. Hujung tahun ini aku dengan laki aku datang tempat kau pula okay Teacha! Thank you for the friendship bro,” tulisnya dalam video berkenaan.

Menerusi ruang kapsyen, Dayana menegur segelintir pihak yang gemar mengkritik serta turut memaafkan mereka yang memfitnahnya sebelum ini.

“Yang mana pernah fitnah aku tu tak apa la. Aku maafkan. Kadang tak semua benda aku perlu kongsi di media sosial.

“Korang bukan kawan susah senang aku pun. Kalau tak pernah pinjamkan bahu untuk aku menangis, lebih baik diam,” tulisnya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat hubungan akrab Dayana bersama Jorge.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 181,000 tontonan, lebih 4,000 tanda suka dan 100 komen.

Written by: Aqilah