Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

[VIDEO] Emma Maembong Kongsi Kisah Lama – “Dulu Saya Kena Pujuk Zizan Razak”

today5 March 2025

Background

Pelakon jelita, Emma Maembong mendedahkan sifat bekas kekasihnya, aktor, Zizan Razak yang dikatakan kuat merajuk dan tidak tahu cara memujuk pasangan.

Menerusi sebuah video tular di TikTok Hijabista Hub, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata dia banyak mengalah dan memujuk Zizan ketika mereka menjadi pasangan kekasih dahulu.

“Kepada Zizan Razak jangan kuat merajuk. Sebab kalau awak dan pasangan awak kuat merajuk siapa nak pujuk? Perempuan dah la suka merajuk, tapi kalau awak pun kuat merajuk, tiada siapa nak saling memujuk.

“Macam dulu, saya yang kena pujuk dia. Sebab itu tiada perempuan yang melekat, sebab dia buat tak tahu kalau perempuan merajuk,” katanya.

Zizan turut mengakui perkara tersebut dan menyatakan bahawa sehingga kini dia masih belum pandai memujuk pasangan.

“Ya, saya masih begitu.. malas nak fikir,” katanya.

Sebelum ini, hubungan cinta antara Emma dan Zizan pernah menjadi perhatian ramai.

Namun, kisah itu kini hanya menjadi sebahagian daripada sejarah dunia hiburan apabila masing-masing memilih haluan sendiri.

@hijabistahub

TIPS NAK NGORAT ZIZAN ✨ 1. Jangan merajuk. #rayapalingepik #hijabistahubraya2025

♬ original sound – HIJABISTAHUB – HIJABISTAHUB

 

Written by: Salma