Kini, percakapan Annur Raisya sudah lancar, cuma lebih cenderung bertutur dalam bahasa Inggeris.
“Luarannya dan secara fizikal, Annur Raisya sama macam anak normal, cuma berbeza daripada segi sosial, emosi dan pertuturan.
“Waktu usia dua ke tiga tahun, Annur Raisya cakap guna ‘jargon’ atau kita panggil bahasa Alien kemudian echolalia iaitu mengulang perkataan yang kita sebut.
“Waktu usianya enam tahun, baru saya dan suami bawa anak pergi terapi carakerja dan kini masih teruskan sebulan sekali di sebuah hospital di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan seminggu sekali di pusat swasta,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, anaknya boleh menulis dan menjawab ujian mahupun peperiksaan dalam bahasa Melayu.
“Cuma, nak menyebut suku kata dalam bahasa Melayu agak susah baginya, jadi saya dan suami memang cakap bahasa Inggeris dengannya di rumah. Tapi saya dan suami bercakap dengan satu sama lain dalam bahasa Melayu.
“Di rumah anak saya tiada masalah kerana dia pun boleh bermain dengan…