Pemuda itu kemudian bertanya sama ada adakah dia boleh menyanyi bersamanya. Busker berkenaan membenarkan dan bertanya apakah lagu yang akan dinyanyikan.
Dia memberitahu mahu menyanyikan lagu ‘A Little Happiness’ iaitu lagu dalam bahasa Mandarin popular oleh penyanyi Taiwan Hebe.
Bercakap kepada SAYS, Winson berkata momen itu berlaku pada Jumaat lalu, 18 Oktober.
“Afiqasy tahu serba sedikit bahasa Mandarin kerana dia pernah mengikuti kelas. Dia bukan berasal dari sekolah Cina,” katanya ketika dihubungi.
Winson turut berkongsi bahawa Afiqasy menggemari lagu-lagu Mandarin, yang memberi inspirasi kepadanya untuk mempelajari bahasa tersebut.