Anak kepada pelakon dan usahawan, Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya mencuri tumpuan apabila selebriti itu berkongsi gelagat puterinya yang mudah terhibur melihat orang melatah.
Menerusi perkongsian di platform TikTok, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, memuat naik sebuah video memaparkan Fatima tidak henti ketawa apabila melihat rakan selebriti itu melatah.
Ramai dalam kalangan netizen seakan sebak melihat anak berusia lima tahun itu kelihatan sangat bahagia disamping ibu tersayang.
Malah, aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu juga mengakui dia berulang kali menonton video tersebut kerana suka mendengar gelak tawa anaknya itu.
“Saya asyik repeat sebab suka dengar dia(Fatima) keetawa macam tu,” tulis Fazura membalas komen salah seorang netizen.
@fazuraofficial Thank you @Çhurïna and @Angah selalu jadi penghibur anakanda Fatima kita 😄🩷 #NurFatimaAisya #daughter #vacation #qualitytime #weloveyousomuch
Terdahulu, Fazura mengakui Fatima menyuntik kekuatan yang tidak boleh digambarkan melalui kata-kata terutamanya dalam mengharungi perjuangan sebagai ibu tunggal.
Artikel Berkaitan: “Semoga Allah SWT Sentiasa Mudahkan Urusan Mummy Untuk Selalu Membuat & Melihatmu Bahagia” – Nur Fazura
Sebelum ini, nama Fazura hangat menjadi perbualan ramai selepas didakwa berhutang dengan pembekal tudung berjumlah hampir mencecah RM5 juta.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Fazura berhubung isu tersebut.
Artikel Berkaitan: Pembekal Tudung Dapat Cek Tendang, Dakwa Syarikat Tudung Fazura Berhutang Lebih RM4.65 Juta?