Namun, selepas pusingan kedua permainan itu berlangsung kelihatan seperti si anak berborak sendirian kerana tiada orang di sebelahnya.
Tambah ibunya lagi, dia ada bertanya kepada anak lelakinya mengenai kehadiran individu berkenaan, namun anaknya juga seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.
“Kebetulan lepas tu game dah habis, apabila anak saya turun… tak nampak pula budak yang duduk sebelah dia.
“Muiz cakap dia duduk dengan ‘abang’. Lepas saya tunjuk video tu, dia cakap tak tahu mana ‘abang’ tu,” katanya.