Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Ifa Raziah Bertumit Tinggi Ketika Bersenam, Netizen Label ‘Diva’ & Samakan Wajah Dengan Artis Korea?

today11 October 2022

Background

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi dangdut, Ifa Raziah memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya yang memaparkan dirinya sedang bersenam.

Menerusi video perkongsian tersebut, Ifa dilihat sedang bersenam menggunakan sebuah mesin bersenam.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah cara pemakaian yang Ifa kenakan sambil bersenam.

Ifa dilihat mengenakan set pakaian bercorak harimau bintang dan memakai kasut bertumit tinggi ketika bersenam.

“Dengan heels eh… memang diva.

“Hebat sis bersenam pakai terompah,” komen warganet.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet memuji kecantikan Ifa Raziah walaupun tidak mengenakan secalit solekan malah ada yang menyamakan wajah Ifa seperti seorang selebriti Korea, Jessi ketika ‘bare face’.

@ifa_raziah #missdiva #ifaraziah #terpalingviral #trending #fyp #fouryoupage #tiktok #tiktokviral #serifabeauty #starvendors #teamifaraziah #ifaraziahdivas @Starvendors @Ifa Raziah Divas ♬ Miss Diva – Ifa Raziah

Written by: Aqilah


Previous post