Menerusi video yang dimuat naik oleh @mhaidarruslan di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang merakam teman wanita rakannya bersama lelaki lain.
Ekoran kejadian tersebut, rakannya telah menelefon wanita tersebut dan bertanya keberadaannya. Namun, jawapan yang diterima hanyalah sebuah penipuan.
Wanita itu berkata bahawa dia sedang berada di rumah, padahal sebenarnya dia berada di luar. Hal ini telah membuatkan ramai panas hati dan bersimpati terhadap lelaki tersebut.