Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Kerenah Ain Edruce Minta Followers ‘Jagakan’ Suami Buat Ramai Ketawa

today29 May 2024

Background

Pengacara popular, Ain Edruce mencuri perhatian selepas dia dan suami berkongsi video pendek di TikTok miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Ain kelihatan menarik tangan suaminya, Amirul Hafiz dan meminta untuk pengikutnya ‘menjaga’ suaminya itu sebelum dia kembali daripada bilik dimana anaknya, Soraya berada.

“Kau orang, tolong jagakan Mirul kejap. Sekejap lagi aku datang balik,” kata Ain.

Bagaimanapun, Mirul yang kelihatan ‘blur’ menuruti sahaja kehendak isterinya.

“Ada apa ni? Sayang… jaga apa?,” tanya Mirul.

Terhibur dengan perangai kedua-dua pasangan ini, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran tersebut.

   

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 45 saat itu telahpun meraih lebih 4 juta tontonan dan menerima lebih 300,000 tanda suka serta 9,000 komen sejak ia dimuat naik.

Written by: Salma


Previous post