Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di sebuah sekolah untuk menjemput adiknya pulang.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sebaik saja habis sesi persekolahan, si adik tidak memasuki kereta abangnya. Dia seakan lupa apakah nombor plat kereta abangnya, walhal dia sudah pun berada di depan kereta.
Situasi itu membuatkan si abang tergelak melihat perangai adiknya itu. Malah, difahamkan juga tinted kereta abangnya agak gelap membuatkan si adik sukar melihat di dalam.