Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Lepas Maghrib Akan Sesak Dada” – Akibat Disihir… Badan Aeril Zafrel Keluar Paku, Dawai, Pisau

today11 June 2024

Background

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mendedahkan dirinya pernah berdepan gangguan mistik.

Kata Aeril, antara salah satu sebab dia ‘hilang’ seketika sekitar tahun 2010 dari industri hiburan akibat terpalit kejadian misteri yang berlaku selepas kematian bapanya.

“Kehidupan aku sebelum apa aku jadi sekarang ini dan kenapa aku kurang berlakon selama ini adalah selepas ayah aku meninggal.

“Aku sakit, selepas maghrib je aku akan sesak dada dan aku pergi berubat. Bila aku berubat, macam-macam benda yang keluar daripada badan aku,” katanya.

Lebih membimbangkan, Aeril berkata lebih daripada 10 benda aneh yang keluar daripada tubuh badannya saat dia mendapatkan rawatan.

“Apa je yang tak pernah keluar..dawai, paku, kemenyan, setanggi, pisau dan pasir. Lebih dari 10 barang.

“Aku pun tak pernah bayangkan benda ini macam mana boleh ada dalam badan aku. Benda-benda ini berjaya dikeluarkan,” ujarnya lagi.

Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari berkata demikian menerusi temu bual bersama Sera Podcast, baru-baru ini.

Malah, suami kepada aktres Wawa Zainal ini memberitahu gangguan yang dihadapinya itu memberikan pengalaman untuk membawa watak-watak bergenre mistik.

“Bila aku melalui proses berubat, ‘benda itu’ dekat dengan aku. Jadi aku faham perubatan ini macam mana.

“Kadang-kadang bila ada watak-watak yang macam ini, aku dah melalui dengan fasa-fasa itu.

“Aku sudah berhadapan pun dengan makhluk-makhluk yang cuba untuk menyakitkan aku.

“Jadi ianya tidak begitu asing untuk aku,” tambahnya lagi.

@serapodcast

Sangat-sangat exclusive geng! Patut la Aeril lama tak berlakon, baru tau sebab apa geng. Buat pertama kali @aerilzafrel buka cerita pasal ayah dia dan kisah “MISTIK” yang selama ini orang tak tahu. Nak tau kisah lanjut, jangan lupa tengok episode 03 di YouTube Serapodcast. #serapodcast #serapod #levelup #podcast

♬ original sound – serapodcast – serapodcast

Terdahulu, Aeril mendedahkan dia pernah menjadi mangsa sihir sekitar tiga tahun lalu dipercayai oleh individu yang tidak berpuas hati dengannya.

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Terkejut Lihat Anak Perempuan Boleh Beraksi Di Hadapan Kamera – “Hayla Tak Ada Asas Lakonan”

Artikel Berkaitan: “Kalau Ada Bisikan, Saya Cepat-Cepat Ingat Isteri & Anak-Anak” – Aeril Zafrel Tak Pernah Terfikir Curangi Wawa Zainal

Written by: Aqilah