Semenjak pihak polis melaksanakan sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi bagi mengekang orang ramai daripada memandu pulang ke kampung atau merentas negeri, pelbagai perkara telah berlaku.
Bukan sahaja kisah duka kematian pihak polis yang dirempuh beberapa hari lalu, malah ada juga kisah lucu di mana sebuah van melepasi sekatan jalan raya tersebut dengan memasang lagu raya. Namun, van tersebut dikatakan hanya merentasi daerah dan bukan negeri.
Terbaharu, sebuah video memaparkan segerombolan lembu mahu melepasi sekatan jalan raya tidak dibenarkan dan telah diarah berpatah balik oleh pihak polis telah tular:-
Bukan setakat rakyat Malaysia, lembu juga tidak dapat melepasi sekatan polis dan di arah pulang ke kediaman masing-masing.
Kredit : Info roadblock JPJ/POLIS pic.twitter.com/wtlZUQzEGa
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) May 21, 2020
Video tersebut sehingga kini telah mendapat lebih 3,000 perkongsian selain rata-rata pengguna sosial media turut terhibur dengan perkara terbabit.
Post comments (0)