Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

[VIDEO] Mamat Sepahtu Luah Perasaan, Sakitnya Hilang Sahabat Baik

today4 August 2020

Background

Tular di laman sosial baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh pengguna di laman Twitter mengenai bekas pelawak anggota kumpulan Sepahtu, iaitu Mamat yang hadir di dalam sebuah rancangan televisyen dan meluahkan perasaan tentang perpisahannya bersama kumpulan lamanya, iaitu Sepahtu.

Ciapan yang dimuat naik dengan kapsyen,

“Hilangnya sahabat lagi sakit daripada hilangnya cinta dusta”

Menggambarkan kesedihan Mamat kerana keputusannya meninggalkan Sepahtu, membuatkan dia hilang kawan akrabnya iaitu Shuib dan Jep.

https://twitter.com/faizzzzzzzzzz28/status/1290021541573357569

Mamat dalam video itu tampak sayu dan sedih apabila bercakap mengenai bekas kumpulan lamanya, yang pernah dianggotai oleh Shuib dan Jep.

Mengulas lanjut, Mamat mengaku pernah berada di atas, mengatakan keputusan untuk keluar dari Sepahtu adalah kerana kesilapan diri sendiri dan bukan disebabkan kawan-kawannya. Katanya, kehilangan kawan-kawan membuatkan dia rasa seperti ‘hilang sayap’ dan kekuatan.

“Bila kehilangan kawan tu, aku taktau mana nak cari kawan sebaik macam korang ni”

“Korang terlalu baik dalam hidup aku, mungkin ini kesilapan aku atau pun kesilapan masa, atau orang sekeliling yang mengapi-apikan”

“Saya tak menyalahkan orang sekeliling, berbalik kepada diri sendiri”

Apabila ditanya sama ada Mamat ada menyimpan apa-apa perasaan terpendam terhadap bekas anggota lamanya,  Mamat menjawab

“Tiada, diaorang dah buat jawapan tu. Cuma saya nak dorang tahu suatu hari nanti apa erti persahabatan. Dorang tahu betapa aku sayang sangat pada dorang”

Tonton juga episod lepas ketika Mamat datang ke konti Hot FM, memberitahu sebab dia keluar dari kumpulan Sepahtu.

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *