Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

[VIDEO] Mia Sara Nasuha Mohon Peminat Berhenti Tanya Isu Tak Berlakon Lagi

today21 July 2025

Background

Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha meluahkan rasa letih apabila masih ada yang terus bertanyakan mengapa dia tidak lagi aktif dalam dunia lakonan.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Mia secara terbuka meminta agar pertanyaan berkaitan perkara itu dihentikan kerana dia sudah penat menjawab soalan yang sama berulang kali.

“Boleh tak berhenti tanya kenapa tak berlakon dah? Sebab boleh. Penat dah nak jawab soalan sama,” katanya ringkas.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengakui merindui kemunculan Mia di kaca televisyen, terutama ketika zaman kanak-kanaknya dahulu.

Namun begitu, ramai yang memahami dan menghormati keputusan Mia, malah berpendapat mungkin dia ingin berehat dan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih diutamakan ketika ini.

@miasaranasuha

penat dah nak jawab soalan sama 🥲

♬ original sound – Mia Sara Nasuha – Mia Sara Nasuha

 

Written by: Salma


Previous post