Popular dengan lagu-lagu ketuhanan, kumpulan nasyid UNIC hari ini tampil melancarkan video muzik lagu remake berjudul Mahligai Kasih.
Lagu yang dikeluarkan pada tahun 2008 itu dinyanyikan semula oleh ketiga-tiga anggota kumpulan tersebut.
Menariknya kali ini, video tersebut menceritakan kisah benar tentang percintaan antara seorang lelaki dan wanita Korea.
Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002 itu memulakan langkah dalam perjuangan dalam bidang nyanyian dengan empat anggota sehingga kemudiannya menjadi tiga iaitu, Bazli, Fakhrul dan Najdi.
Lagu Mahligai Kasih ini terus mendapat penerimanaan positif peminat kumpulan yang pernah popular dengan lagu You And I See sehingga berjaya meraih lebih 60,000 jumlah tontonan semenjak ia dimuat naik semalam 18 November 2019.
Post comments (0)