Walaupun hanya tinggal dua episod sahaja lagi untuk drama rantaian Adellea Sofea melabuhkan tirainya, lagu runut bunyi drama tersebut terus mendapat perhatian daripada penonton.
Lagu yang dinyanyikan oleh Amylea dan Kaer berjudul Selalu Denganmu pada 12 Januari 2020 telah tampil bersama video muzik berdurasi 4 minit.
Meninjau ke bahagian komen, rata-rata peminat berpuas hati dengan karya dua penyanyi kelahiran sebuah program realiti televisyen itu.
Tahniah sekali lagi daripada Hot FM dan semoga usaha keras daripada duo berbakat ini akan membuahkan hasil serta terus mendapat tempat dihati peminat.
Post comments (0)