Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Video Muzik Terlalu Memuja Oleh Wany Hasrita Catat 8 Juta Tontonan

today5 November 2019

Background

Tahniah! buat penyanyi Wany Hasrita yang telah meraih 8 juta tontonan bagi muzik video lagu nyanyiannya Terlalu Memuja menerusi laman Youtube.

Perkara berkenaan dirakam oleh salah seorang pengikutnya di laman media sosial Instagram yang seterusnya di muat naik kembali oleh penyanyi tersebut.

Sementara itu, Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah pernah menyatakan yang hatinya tersentuh susulan lagu ciptaan Sharon Paul, manakala lirik Sirkhan dan Fedtri Yahya itu mempunyai kaitan dengan perjalanan hidupnya.

Lagu yang dirakam pada bulan Oktober 2018 itu turut menampilkan sisi berbeza penyanyi tersebut berikutan ia lebih mencabar bagi Wany.

β€œSebelum ini, saya hanya mengikut kehendak pasaran yang lebih suka saya menyanyikan lagu yang mendayu-dayu.”

Video muzik lagu yang menjalani penggambaran di Korea iniΒ juga pernah menjadi lagu runut bunyi untuk sebuah drama rantaian.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *