Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Video Muzik Wany Hasrita & Jamal Abdillah Trending #3 Di YouTube Selepas 3 Hari Dilancarkan.. Fuh!

today5 September 2019

Background

Pada Isnin lalu (2 September) FMC Music telah melancarkan video muzik gandingan Wany Hasrita dan Jamal Abdillah menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Belenggu rindu di Youtube.

Lagu tersebut adalah hasil ciptaan komposer dan penyanyi terkenal, Hael Husaini, serta Ezra Kong.

Lagu berkonsep pop terbabit berkisar pada nasihat insan lebih berpengalaman kepada golongan muda mengenai hal kehidupan dan percintaan.

Belum sampai seminggu dilancarkan, lagu tersebut sudahpun mendapat sambutan daripada peminat dengan meraih lebih 400,000 tontonan dan trending nombor 3 di laman Youtube.

Rata-rata netizen turut meninggalakn komen positif selain berpuas hati dengan gandingan tersebut.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Jamming Hot

Takkan Terlerai – Ernie Zakri & Syamel

Pemenang Vokal Terbaik AJL32 menerusi lagu Aku Cinta, Ernie Zakri & Syamel kini kembali lagi dengan duet kedua mereka! Dengar cerita, lagu ni ambil persediaan selama setahun untuk cari lagu yang sesuai untuk mereka. Takkan Terlerai ini juga dapat positif feedback daripada para pendengar,lagi-lagi yang dah layan Jamming Hot dekat Youtube. Korang memang terbaik!

today5 September 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *