Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Nasihat Netizen Kepada Syamsul Yusof Tular Di TikTok – “Jangan Kejarkan Kaca Yang Belum…”

today20 June 2022

Background

Salah seorang netizen yang menjadi pengikut isu melanda Syamsul Yusof mengimbau kenangan perkahwinan pengarah itu bersama isteri, Puteri Sarah Liyana.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok milik seorang lelaki bernama Azmir, dia memberitahu dia bukan sesiapa untuk menasihatinya, namun dia mendoakan kebahagiaannya bersama isteri.

“Assalamualaikum Syamsul, aku bukanlah siapa-siapa untuk nasihatkan kau.

“Kalau kau nampak video ni, aku harap semuanya baik-baik saja untuk kau dan keluarga yang dikasihi.

“Aku doakan kau tenang hadapi ujian, ingat anak-anak dan isteri yang kau nikahi dulu, cinta yang kau perjuangkan dulu,” tulisnya.

@azmir___ Aku tak kenal kau secara personal bro, tapi aku kenal kau selebriti dan ada kisah kejayaan kisah cinta, kisah suka duka, aku doakan kau tenang bro hadapi ujian, ingat anak anak dan isteri yg kau nikahi dulu bro, cinta yg kau perjuangkan dulu bro #shamsulyusof #puterisarah #semogasemuabaikbaiksaja #fyp ♬ original sound – AZMIR😉

Turut menarik perhatian, terdapat netizen yang mengatakan supaya hargai orang yang pernah hidup susah dan senang bersama.

“Jangan kejarkan kaca yang belum tahu baik buruknya. Hargai mutiara yang kita dah lamar untuk hidup dari susah senang bersama,” tulis netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar rumah tangga Syamsul dan isteri kekal bahagia selamanya.

Written by: Salma


Previous post