Sementara itu, syarikat e-hailing digesa mengambil tindakan tegas termasuk memberhentikan pemandu tersebut.
Menerusi Berita Harian, Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia, Jose Rizal, berkata beliau kecewa dan terkejut sebaik dimaklumkan mengenai video berkenaan.
“Apa yang diperkatakan oleh pemandu itu (berkaitan agama Islam) kepada pelancong asing adalah salah dan ia memperlihatkan pemikirannya yang sempit.
“Justeru itu, kita menggesa supaya tindakan tegas diambil oleh pihak syarikat e-hailing dengan memberhentikan khidmat lelaki terbabit,” katanya.
Beliau juga menegaskan agar syarikat pengendali juga perlu mempertingkatkan amaran serta memberikan peringatan kepada pemandu mereka supaya tidak mengulangi kesilapan seumpama itu.
“Pemandu-pemandu e-hailing ini umpama duta kecil negara kita dan apabila perkara sebegini berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan syarikat terbabit tetapi juga negara (rosakkan keharmonian).
“Disebabkan itu, kita mahu supaya syarikat e-hailing…