Perkongsian video pelakon Fify Azmi teruja apabila pertama kali memakai inai yang dimuat naik di laman sosial mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga dipenuhi dengan ucapan tahniah.
Memetik laporan Harian Metro, Fify menjelaskan perkongsian tersebut hanya sekadar meluahkan rasa teruja memakai inai tanpa berniat ingin melakukan sebarang gimik.
@fifyazmiofficialSo that means… 😍♬ original sound – fifyazmi
“Keterangan yang saya tulis itu bukan bermaksud saya bertunang dengan kekasih, Nafiez Zaidi tapi memang betul saya tak pernah pakai inai dan itu kali pertama saya pakai. Jadi saya kongsilah di laman sosial.
“Tak pernah ada niat nak ‘prank’ atau main-mainkan peminat dengan kapsyen sebegitu. Kapsyen yang saya tulis ‘few hours to go’ tu pun sebab excited untuk adik Nafiez yang nikah.
“Ramai peminat, ibu saudara, kawan-kawan dan rakan selebriti mesej ucap tahniah sebab ingat saya bertunang. Tapi takkanlah saya nak sorok kalau betul bertunang atau nikah,” katanya.
Namun begitu, Fify bersyukur apabila ramai peminat mendoakan hubungan dia dan kekasihnya.
“Saya dan Nafiez ini biasa saja tapi ramai orang komen positif dan suka dengan hubungan kami.
“Bila orang suka, kami lagi gembira. Cuma sekarang belum ada lagi perbincangan untuk bertunang atau kahwin. Masing-masing tengah sibuk dengan penggambaran.
“Insya-Allah kalau ada jodoh, tak ke mana. Saya dan Nafiez pun dah kenal dengan keluarga masing-masing. Buat apa saya nak berahsia kalau nak kahwin, benda baik kan,” Kata Fify.
Sumber: Harian Metro, TikTok Fify Azmi