Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Video Wanita Menangis Sehingga Tertanggal Bulu Mata Mencuit Hati!

today16 April 2019

Background

Mesti ramai dah tahu rancangan pertandingan memasak popular berjudul Master Chef kan?

Ia terdiri daripada pelbagai peserta yang datang dari latar belakang berbeza, semua yang berentap mempunyai misi tersendiri iaitu bagi mengungguli takhta dalam pertandingan berkenaan.

Bukan sahaja di luar negara, MasterChef juga turut diadakan di Indonesia.

Namun, detik penyingkiran bagi episode baru-baru ini mula menjadi bahan tawa netizen.

Menerusi sebuah video pendek memaparkan satu babak dalam MaterChef Indonesia 2019 tersebut, semua orang sedang bersedih saat salah seorang peserta telah disingkirkan dari terus menyertai pusingan seterusnya.

https://twitter.com/TypicalMsian/status/1117321702646538240

Namun, suasana sayu mula betukar lucu apabila bulu mata palsu seorang peserta wanita bernama Yulita Intan Sari telah tertanggal ketika cuba mengesat air matanya.

Juri yang sedang berada dalam mood serius juga gagal menahan ketawa sekaligus memecahkan Susana studio MasterChef Indonesia 2019 tersebut.

Rakan-rakan lain awalnya bersedih turut ketawa saat melihat bulu mata Yulita tertanggal.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *