Semenjak 22 September yang lalu, sedikit kecoh apabila nama Chazynash yang merupakan salah seorang personaliti media sosial menjadi sebutan ramai selepas video ‘lakonan’ dia mendapat perhatian ramai.
Kini, klip lakonan pendeknya yang memakai ‘gelang tangan merah jambu’ telah mendapat perhatian Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi sebuah sidang media, Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu bahawa tindakan Chazy itu sangat keterlaluan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana dianggap bagaikan menipu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan. Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai,” katanya ketika ditemubual oleh salah sebuah portal hiburan tempatan.
Pada masa yang sama, Ismail Sabri turut berharap agar semua rakyat Malaysia tidak memandang ringan isu berkaitan virus Covid-19 ini.
Perkara serius begini tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak kerana ia melibatkan nyawa dan isu besar.
Oleh itu, isu ini akan diserahkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan segera.
Ekoran isu yang semakin mendapat perhatian ramai, Chazy mengambil langkah selamat untuk memadam video tersebut daripada Instagram miliknya.
Sekali lagi Chazy telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang pandemik Covid-19 pada tahun ini.
Post comments (0)