Menerusi perkongsian video daripada akaun TikTok yang bernama @salamklukkluk, kelihatan lelaki itu sedang berada di sebuah kandang ayam belanda.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia bertindak melaungkan takbir sebanyak tiga kali dan ayam-ayam belanda ternakannya serentak menyahut laungan itu seolah-olah sudah berpakat dengan si tuan.
Mereka dilihat seperti menyahut takbir dan berkata “Allahuakbar!” beramai-ramai. Video tersebut ternyata berjaya membuatkan netizen terhibur…