Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menghadapi kesesakan trafik di salah sebuah jalan raya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia kemudian ternampak pemandu di sebelahnya yang sedang menyanyi.
Malah, pemandu itu siap menggunakan mikrofon untuk menyanyi ketika menghadapi kesesakan trafik itu. Situasi berkenaan membuatkan si perakam terhibur melihatnya.