Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Tampil Anggun Berhijab, Peminat Doakan Almy Nadia Istiqamah

today11 June 2022

Background

Penampilan pelakon berwajah manis, Datin Almy Nadia mencuri perhatian wargamaya setelah tampil berhijab ketika sedang bercuti bersama keluarga tercintanya di Genting Highland baru-baru ini.

Ia susulan sebuah video yang dimuat naik oleh suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang memaparkan mereka sekeluarga sedang menaiki kereta kabel telah dibanjiri dengan komen netizen.

Rata-rata netizen terpukau melihat kejelitaan yang terserlah pada Almy, setelah mengenakan imej bertudung. Malah, ramai dalam kalangan pengikutnya turut mendoakan agar isteri pengarah itu kekal istiqamah dalam berhijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@fizzalmyofficialfc)

Bagaimanapun, setakat ini Almy masih belum mengesahkan lagi sama ada dia sudah berhijab penuh atau tidak.

Namun begitu, perkongsian terbarunya di Instagram, Almy dilihat memakai hijab ketika sedang membuat panggilan video bersama anaknya.

Β  Β 

Sebelum ini, Almy menerima tohmahan yang teruk daripada netizen yang mengkritik rupa fizikal badannya yang dikatakan terlalu besar.

Tidak terus melatah, Almy membidas komen yang berbaur negatif serta melibatkan ‘body shaming’ itu dalam keadaan tenang.

Artikel Berkaitan: β€œMungkin Dia Kurang Kasih Sayang, Kehidupan Dia Sedih Sangat..” – Teruk Kena Body Shaming, Almy Nadia Doakan Pelaku Temui Kebahagiaan

Written by: Salma