Baru-baru ini pencipta drama Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin telah memuat naik sebuah teaser sambungan drama berkenaan di laman Twitter miliknya.
Drama yang mendapat sambutan luar biasa itu dikhabarkan menemui penonton pada 16 September 2020!
Mengekalkan pelakon utama sebelum ini iaitu Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem dan ramai lagi, drama itu bakal diserikan lagi dengan kehadiran Adibah Noor sebagai penampilan khas yang akan membawa watak sebagai ibu kepada Mona (Elly Mazlein).
Kampung People is back ♥️ #kampungpeople2 pic.twitter.com/pmihoFXqt7
— Wan Hasliza (@wanhasliza) September 5, 2020
Menerusi ruangan komen, rata-rata tidak sabar menantikan kemunculan drama itu yang akan disiarkan menerusi saluran TV3.



Post comments (0)